29 Jun 2015

Psikologi Fundraising: Fasa Awareness

Ini adalah fasa terawal sesuatu projek atau NGO berinteraksi dengan audiens yang diharap menjadi penyumbang. Peringkat ini juga boleh dipecahkan lagi kepada kesedaran tentang organisasi dan juga kesedaran tentang projek.


Bahasa mudahnya, bagaimana prospek mengenali organisasi dan projek anda. Kalau anda bergerak atas kapasiti individu, organisasi tersebut adalah diri anda sendiri.
Ada dua jenis iaitu:
  1. Saluran berbayar 
  2. Saluran percuma 
Saluran ini pula terbahagi kepada dua:
  1. Online (dan elektronik) - Blog, media sosial, TV, radio, dsbnya 
  2. Offline - Akhbar, flyers, sukarelawan, ‘salesman’, bunting, dsbnya
Maka, ada empat kombinasi saluran yang boleh digunakan:
  1. Saluran berbayar online 
  2. Saluran berbayar offline 
  3. Saluran percuma online 
  4. Saluran percuma offline 
Bagi bisnes, kebanyakan saluran efektif perlukan wang. Tetapi tidak bagi NGO, lebih banyak peluang yang terbuka untuk mendapat liputan percuma. Bergantung kepada kreativiti anda untuk berhubung dengan pihak media untuk mendapatkannya.

Apa yang dilakukan pada fasa ini memberi kesan kepada fasa seterusnya iaitu Evaluation. Saluran yang berbeza akan memberikan kesan berlainan. Akhbar dan TV arus perdana misalnya akan membantu anda menaikkan kredibiliti. Facebook Page dan blog yang aktif pula akan memudahkan untuk para prospek penyumbang untuk mengetahui lebih lanjut.

Namun, itu semua remeh bila dibandingkan dengan dua persoalan yang lebih penting:
  1. Siapa audiens sasaran anda? 
  2. Apa anda mahu mereka lakukan? 
Tanpa menjawab dua persoalan ini, anda tidak akan mampu menghasilkan mesej yang efektif bagi mencapai objektif organisasi dan projek anda.

Mengharapkan sumbangan daripada orang Islam sahaja akan membawa pendekatan yang berbeza berbanding mengharap sumbangan dari semua agama. Pendekatan dan audiens untuk mendapatkan sukarelawan pula akan berbeza dengan pendekatan dan audiens untuk mendapatkan sumbangan wang ringgit.

Seterusnya kita akan lihat elemen-elemen yang perlu dipertimbangkan dalam mencipta mesej yang efektif untuk organisasi dan projek anda.  Jadi jangan lupa daftar email anda supaya tidak terlepas artikel akan datang.

Sertai Grup Email Kuasa Inisiatif

* indicates required

Tiada ulasan:

Catat Ulasan