25 Mei 2015

Tips Cari Kerja Daripada Bujang Lapok Kepada 400,000 Graduan Penganggur

"Apa daa masih masuk angin keluar asap? Pergilah cari kerja. Kami dulu negara miskin baru merdeka pun boleh cari kerja. Sekolah pun tak habis sebab Jepun serang Malaya. Kamu grad universiti takkan tak boleh?"

Mungkin itulah bebelan Bujang Lapok kepada para graduan yang masih menganggur zaman sekarang. Apa teknik mereka cari kerja?

Mindset

Paling utama, cuba cari kerja di luar ruang selesa anda. Jangan terhad dengan apa yang tertera di ijazah anda. Walaupun mereka bukan pelakon mereka berani untuk mencuba daripada terus menganggur.



Langkah 1

Tanya pada staf yang berkerja di syarikat tersebut, ada kekosongan atau tidak. Seniman Bujang Lapok tidak mencari kerja melalui iklan kerja kosong.



Langkah 2

Pakai pakaian terbaik untuk ke temuduga. Walaupun biasanya pakai kain pelekat sahaja, tukar pakai seluar.


Langkah 2

Bersopan santun pada semua staf, termasuklah dengan pengawal keselamatan. Tiada ruginya bersopan-santun kerana itu mungkin tiket anda untuk mendapat kerja!


Langkah 4

Tanya siapa pegawai yang sepatutnya dijumpai untuk mendapatkan kerja. Kalau mereka bertiga terus jumpa Ahmad Nisfu kemungkinan besar mereka akan ditolak mentah-mentah. Tetapi lain jadinya bila Mr. Singh beritahu mereka supaya jumpa Kemat Hassan terlebih dahulu.



Langkah 5

Jadi proaktif dan ambil inisiatif. Apabila Kemat Hassan menyuruh mereka duduk atas kerusi yang tidak wujud, Seniman Bujang Lapok berlakon duduk di atas kerusi.





Seperkara lagi, pedulikan persepi negatif orang lain!



Langkah 6

Dapatkan recommendation dari pihak atasan. Walaupun Pengarah Ahmad Nisfu sakit jiwa dan jantung dengan mereka bertiga, tetapi Pengurus Kemat Hassan mengatakan mereka bagus dan kreatif.




Hasilnya...

Mereka bertiga dapat kerja sebagai seniman walaupun dicemuh orang dan mereka sendiri tidak yakin pada awalnya. Apa lagi? Cubalah teknik evergreen sepanjang zaman ini!