04 Jun 2015

Psikologi Fundraising

Beberapa orang rakan bertanya bagaimana untuk mengaplikasikan sales & marketing dalam kerja-kerja NGO. Mereka rasa banyak tenaga, masa dan wang dihabiskan untuk mengumpul dana tetapi hasilnya tidak seberapa. Tentunya ada cara yang lebih baik.

Oleh kerana kebanyakan kerja-kerja pengumpulan dana dilakukan secara sukarela, soal kos hampir tidak pernah dibincangkan. Kos apa? Tentu sekali kos mengumpul dana dari para penyumbang. Berapa ringgit perlu anda habiskan untuk mendapatkan sumbangan bernilai RM10? Seringgit? Dua ringgit? Atau anda sebenarnya habiskan tujuh ringgit? 

Kos ini mungkin kos langsung dengan mengeluarkan wang tetapi banyak juga kos tidak langsung. Contohnya minyak kereta, kos panggilan, makan, dan sebagainya.

Berkira? Ini bukan soal berkira dalam erti kata kedekut. Ini berkira dalam erti kata memenuhi amanah para penyumbang. Mereka sudah berikan kita wang, maka menjadi tanggungjawab kita menggunakan wang tersebut sebaik mungkin dalam mengumpul lebih banyak dana. Kalau kita boleh kumpul RM1000 dengan kos RM10, kenapa kita perlu habiskan RM300? Ramai lagi yang memerlukan wang tersebut.

Jadi apa yang akan saya sentuh dalam siri ini? Antara topiknya adalah:
  • Perbezaan Sales & Marketing
  • Bisnes jual produk dan perkhidmatan, NGO jual apa?
  • Kuasa Fakta
  • Kuasa Emosi
  • Kuasa Harapan
  • Social Proof
  • Jangan Menyusahkan Bakal Penyumbang
  • Lima Fasa Sales & Marketing

Bagi memastikan anda tidak terlepas artikel-artikel ini, mohon isikan nama dan email melalui borang di bawah. 

p/s: Kalau dulu pernah daftar di FirdausAriff.com mohon daftar sekali lagi!


Sertai Grup Email Kuasa Inisiatif

* indicates required

Tiada ulasan:

Catat Ulasan