25 Jun 2015

Psikologi Fundraising: Lima Fasa Sales & Marketing

Berikut adalah lima fasa Sales & Marketing, atau bagi NGO lima fasa mendapatkan sumbangan
  1. Awareness 
  2. Evaluation 
  3. Purchase 
  4. Delivery 
  5. After Sales 
Eh, ada lima fasa? Mengapa sungguh panjang dan komplikated?

Mungkin kita sudah terbiasa dengan gerai tepi jalan di mana kelima-lima fasa itu berlaku sekaligus.



Katakan anda pulang dari kerja dan ternampak gerai menjual pisang goreng, pilih berapa banyak yang anda mahukan, bayar dan dapatkan produk pada waktu itu juga.

Tiada sebarang khidmat selepas jualan dan nasiblah sekiranya peniaga tersebut ada lagi di situ pada esoknya.

Jadi mari kita lihat contoh barangan yang lebih jelas banyak langkah pembeliannya itu membeli sebuah kereta. Lebih spesifik lagi kita ambil contoh membeli MyVi daripada Perodua.

Awareness bermula dari banyak sumber. Paling jelas adalah iklan sama ada secara bercetak atau medium elektronik seperti radio, TV dan Internet. Ada juga sumber lebih halus seperti melihat kereta itu di jalanan atau merasa sendiri naik kereta tersebut.

Evaluation pula ada beberapa tahap. Tahap pertama adakah perlu membeli kereta atau terus naik kenderaan awam sahaja? Tahap kedua pula mahu memilih antara jenama dan model. Adakah MyVi paling sesuai atau Proton Iriz lebih bagus? Kalau sudah bertekad mahu MyVi juga apa pilihan model dan warnanya? MyVi 1.3 atau 1.5? Warna kuning, merah, hitam atau perak?

Purchase tidak boleh keluarkan sahaja wang dari poket. Perlu pilih pula sama ada pembiayaan Islamik atau pinjaman konvensional. Berapa pula tempoh pembiayaan tersebut? Berapa deposit yang mahu dibayar atau ambil pilihan pembiayaan penuh?

Delivery pula ambil masa, mungkin seminggu atau dua minggu. Kalau tidak ada stok mungkin sebulan lebih. Bila sudah sampai ke bilik pameran anda boleh datang ambil atau minta salesman hantarkan (kalau dia rajin).

After Sales kereta ada banyak ceritanya. Tentunya ada servis berkala. Tapi ada juga aspek-aspek lain seperti penawaran aksesori. Takaful dan insuran, bantuan kecemasan serta pelbagai aspek lain.

Soalnya, bagaimana untuk aplikasikan kelima-lima fasa ini dalam mengumpul dana? Sebenarnya semuanya sahaja, cumanya Purchase ditukar menjadi Donation.
  1. Awareness 
  2. Evaluation 
  3. Purchase = Donation 
  4. Delivery 
  5. After Sales 
Kenapa kita hendak tahu setiap fasa ini? Sebabnya kita mahu melicinkan pergerakan antara setiap fasa ini. Terutamanya dari fasa 1 ke 3. Bagaimana kita mahu capai dari 1000 orang yang kita jumpa 10 orang menderma jadi 100 orang menderma.

Kita akan lihat satu per satu fasa ini dengan teliti untuk menjadikannya lebih efektif dan efisyen. Jadi jangan lupa daftar email anda supaya tidak terlepas artikel akan datang.

Sertai Grup Email Kuasa Inisiatif

* indicates required

Tiada ulasan:

Catat Ulasan